Malay | English

Akses Percuma ke i-LEARN Ace
Untuk Calon SPM 2020

Sejak Mac 2020, pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan kita. Sekolah terus ditutup dan pelajar di negara kita menghadapi cabaran yang sukar untuk menerima pendidikan yang diperlukan.

Berdasarkan keadaan semasa, Sasbadi percaya bahawa caloncalon SPM 2020 berada dalam situasi yang sukar kerana mereka harus menamatkan pembelajaran dalam tahun akademik yang sangat suntuk dan terganggu, tanpa mendapat sokongan akademik yang sama seperti sebelum pandemik melanda.
Oleh itu, Sasbadi bersama-sama dengan Huawei dan TM ONE telah memutuskan untuk melangkah ke hadapan dan memberikan sokongan yang sangat diperlukan kepada calon-calon SPM 2020.

Kami menyediakan akses percuma ke akaun SPM i-LEARN Ace kepada setiap calon SPM 2020 yang mendaftar dengan kami.

i-LEARN Ace merupakan platform e-Pembelajaran yang lengkap yang dapat membantu para pelajar meraih kecemerlagan dalam pelajaran mereka dengan menyediakan alat dan sumber pembelajaran abad ke-21 yang dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran kendiri mereka.

Kandungan yang tepat dan menyeluruh

Merangkumi semua mata pelajaran utama dan pelbagai mata pelajaran elektif

Sistem penilaian untuk mengakses bank soalan dan kertas ujian disediakan oleh Sasbadi

Sistem laporan penandaan dan kemajuan automatik

BAGAIMANA? Mudah sahaja.

Isi borang pendaftaran
di bawah

Terima tetapan ID pengguna dan kata laluan melalui e-mel anda

Mula menggunakan
i-LEARN Ace!

Isi borang pendaftaran
di bawah

Terima tetapan ID pengguna dan kata laluan melalui e-mel anda

Mula menggunakan
i-LEARN Ace!

Anda akan menerima tetapan ID pengguna dan kata laluan anda dalam masa 3-5 hari bekerja.

BORANG PENDAFTARAN

Mendaftar sebagai Pelajar (Pendaftaran Individu)

Mendaftar sebagai Pentadbir Sekolah (Pendaftaran Pelbagai)

 

ADA SEBARANG SOALAN?

Sila rujuk Soalan Lazim di bawah ini.

Soalan Lazim

Apakah itu i-LEARN Ace?
i-LEARN Ace ialah portal pembelajaran kendiri komprehensif yang dibangunkan 100% selaras dengan kehendak kurikulum kebangsaan terkini, iaitu KSSR Semakan / KSSR / KSSM / KBSM. Kandungan dalam portal adalah tepat dan menyeluruh, merangkumi semua topik dan bidang yang dipelajari oleh pelajar di sekolah. Platform ini menyediakan arkib nota yang merangkumi semua mata pelajaran utama (wajib) dan pelbagai mata pelajaran elektif dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5. Sistem penilaian disediakan untuk pelajar seperti bank soalan Sasbadi dalam bentuk soalan objektif dan subjektif. Bentuk penilaian adalah variasi, yang meliputi latihan berdasarkan kemahiran, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Sekolah (PS), dan Model Kertas Peperiksaan
Apakah itu inisiatif Program CSR Sasbadi SPM 2020?
Sasbadi bersama-sama dengan Huawei dan TM One menyediakan akses percuma ke akaun KBSM i-LEARN Ace Tingkatan 5 kepada semua calon SPM 2020. Sasbadi merupakan Penyedia Kandungan dan Platform bagi inisiatif CSR ini, Huawei pula merupakan Penggerak Teknologi manakala TM ONE ialah Penyedia Perkhidmatan Cloud.
Adakah pendaftaran PERCUMA?
Ya, pendaftaran adalah percuma!
Bagaimana saya boleh mendaftar akaun i-LEARN Ace secara percuma?
Mudah sahaja! Isi dan hantarkan borang pendaftaran di atas. Selepas itu, anda akan menerima ID pengguna anda mulai 5 Disember 2020. Anda boleh log masuk ke akaun peribadi anda melalui https://spmcsr.ilearnace.com/account/login menggunakan tetapan ID Pengguna dan kata laluan tersebut, dan anda boleh terus menggunakan i-LEARN Ace
Adakah kandungan dalam i-LEARN Ace merangkumi sukatan pelajaran kebangsaan dan adakah ia dikemas kini dari semasa ke semasa?
Ya. Kandungan dalam i-LEARN Ace merangkumi sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kandungan ini sentiasa dikemas kini mengikut sukatan pelajaran KSSR Semakan KSSR / KSSM / KBSM.
Apakah mata pelajaran yang terdapat dalam pakej i-LEARN Ace SPM ini?
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah, Ekonomi, Prinsip Perakaunan, Pendidikan Islam, dan Pendidikan Moral.
Apakah fungsi dan ciri-ciri i-LEARN Ace?
(a)Nota
(b)Peta Minda and Peta i-THINK
(c)Penilaian
  • Praktis Objektif
  • Praktis Subjektif
    • Praktis PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)
    • Praktis PS (Pentaksiran Sekolah)
    • Praktis Lisan (Kemahiran Mendengar dan Bertutur)
    • Praktis Seni Bahasa
    • Praktis ke Arah UPSR, PT3 dan SPM
  • Kertas Ujian, Kertas Percubaan dan Kertas Ujian Model UPSR, PT3 dan SPM
(d)Kemajuan – Laporan prestasi yang jelas dan menyeluruh komprehensif
(e)Ganjaran dan Motivasi
(f)Kamus
(g)Video Pengajaran
(h)Tugasan – disambungkan ke akaun Guru dan Ibu Bapa
Adakah saya perlu menggunakan komputer/peranti khusus atau canggih untuk mengakses i-LEARN Ace?
Tidak, anda boleh mengakses i-LEARN Ace secara dalam talian melalui mana-mana peranti pintar seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar. Kami mengesyorkan anda menggunakan pelayar (browser) Google Chrome semasa mengakses i-LEARN Ace.
Berapa lamakah tempoh akses i-LEARN Ace boleh digunakan di bawah Program CSR ini?
Akses ke akaun SPM i-LEARN Ace yang berdaftar di bawah program CSR ini akan diberikan sehingga berakhirnya peperiksaan SPM 2020 (iaitu Mac 2021).
Adakah perkhidmatan pelanggan disediakan sekiranya saya menghadapi sebarang masalah dengan i-LEARN Ace?
Ya. Pelajar boleh menghantar e-mel ke enquiry@ilearnace.com atau menghubungi kami di + 603-6142 3820, + 603-6150 4526, jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk kami atau jika mereka mengalami masalah teknikal. Pengguna juga boleh menghubungi kami di +6010-4028331, yang merupakan Talian Sokongan Teknikal Bergerak (Whatsapp dan Panggilan) kami.
Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan pelanggan hanya tersedia sepanjang waktu operasi pejabat kami seperti yang berikut:
Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum)
8:30 pagi – 1:00 petang dan
2:00 petang – 5:30 petang

Untuk pertanyaan yang dihantar di luar waktu seperti yang dinyatakan di atas, kami akan menghubungi anda pada hari bekerja berikutnya.